Thursday, December 23, 2010

Pos Malaysia Vs T-Team



20 Disember 2010 - Pos Malaysia FC sekali lagi menumpaskan superteam, 'T-Team, Terengganu'. Cuma bezanya, kali ini Pos Malaysia FC menewaskan T-Team di bumi mereka sendiri. Walaupun menurunkan barisan pemain yang kurang ternama, namun, Pos Malaysia terus yakin dan akhirnya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 1-0. Penjaring terbanyak bagi pasukan Pos bagi musim 2010, G.Puaneswaran (Siva) menggegarkan gawang lawan pada minit ke-30. Gandingan G. Puaneswaran dan Sumindran (bekas pemain KL PLUS) telah banyak mencipta ruang dan peluang kepada pasukan untuk menjaringkan lebih gol dari arah kanan dan kiri. Detik-detik cemas turut ditampilkan oleh dua pemain penyerang iaitu Khairu Zal Azmi dan Rusydee apabila kedua-duanya cuba mencipta jaringan di hadapan gawang gol lawan. Mungkin pasukan ini memerlukan lebih banyak pendedahan...agar 2011 bakal menjadi sejarah buat POS MALAYSIA FC.




Berdiri dari kanan : Muhamad Faizal Nasir (Kapten), Azirol Ramli, Khairul Zamry, Khairu Zal Azmi, Muhamad Zafran, Mohd Sani. Duduk Dari Kanan : Sumindran, Ahmad Saufi, Rusydee, G.Puaneswaran, Jibrail

3 comments: